Joomla TemplatesWeb HostingWeb Hosting

Imbasan Berita Terkini SMKTA

Home

Maulidur Rasul

TEMA:  

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 9 Mac 2009 diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

12 Rabiulawal ~ 9 Mac 2009

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1428.

Last Updated (Monday, 09 March 2009 10:07)

 
Jumlah Pengunjung
Pesanan Bonda
  • Hala tuju mesti jelas.
  • Belajarlah bersungguh-sungguh.
  • Jaga kebersihan.
  • Zikir Asma Al-Husna perlu dibaca dengan betul.
  • Beratur mengikut turutan.
  • Budayakan memberi salam dan bersalam-salaman antara satu sama lain.
  • Budayakan amalan mencatat.
Last Updated on Wednesday, 03 March 2010 07:51
 
Pilih Font Anda!
Kenali Kami
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom
 
Pengarah Pelajaran Negeri Johor


Y.Bhg. Tuan Hj. Sufa'at bin Tumin

Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru
 

Tuan Hj. Aminudin bin Adam

Pengetua SMK Tanjung Adang
Pn. Zalila binti Junid
 
Guru Penolong Kanan Kurikulum

Cik Habibah binti Atan
 
Guru Penolong Kanan HEM
Pn. Rohazila binti Yon
 
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En. Abd. Monir bin Kambang
More...
Inisiatif ICT
images/stories/articles.jpg
Sunday, 06 December 2009 13:26
logo_bestari.jpg
Sunday, 06 December 2009 13:09
images/stories/articles.jpg
Sunday, 06 December 2009 13:04
Sunday, 06 December 2009 12:51
Sunday, 06 December 2009 12:08
Sunday, 01 November 2009 12:35
Aktiviti Harian
Budaya Al-Quran - Masa pertama
Mesej Anda
!Warning! JavaScript must be enabled for proper operation.
Guest oyamuhd says:
2010-02-12 23:49:48
Selamat Tahun Baru Cina
Selamat bercuti...jaga diri dan hiasi peribadi...
Guest zuliana puteh says:
2010-01-21 06:27:55
memori96
jasamu guru ttp ku kenang
Guest oji yon says:
2010-01-11 08:00:41
selepas seminggu sekolah
semoga smkta terus cemerlang
Guest oyamuhd says:
2010-01-09 02:05:45
Selamat Tahun Baru
dengan azam baru, penuh tekad, mendidik anak-anak SMKTA...untuk menjadi insan yang berguna...amin
Guest oji yon says:
2009-12-11 23:00:46
selepas spm
buat semua pelajar,buatlah sesuatu yang berfaedah selama 3 bulan sebelum keputusan keluar
Visitor Map
site statistics
Weather Forecast


Forecast blank? Force Update

WeatherUnderground :

Forecast from WeatherUnderground and Camp26 WF for .

Galeri SMKTA
Pilih artikel anda...
Selamat datang..
Warga Pendidik

This page require Adobe Flash 9.0 (or higher) plug in.

Kalendar
< March 2009 >
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31        
Hubungi Kami...
Ingin membuat aduan?

Ada sebarang masalah?

07-5071837   07-5071837

smkta.jb@gmail.com   smkta.jb@gmail.com

   Yahoo! Messenger:

CS1:  smkta.jb

powered by camp26
Hari Ini...

"Masa Itu Emas"
Pesanan Ringkas...
Selamat datang ke laman web kami. Laman ini masih dalam pembinaan.
Sebarang komen diperlukan untuk memperbaiki kelemahan kami.
Layari berita terkini daripada kami. Semoga SMKTA terus maju ke hadapan!!
Usaha tangga kejayaan. Usaha selagi daya, berhenti tanda putus asa.
Jangan putus asa dalam mencapai kejayaan. Yakin boleh!
Budi bahasa budaya kita. Yang tua dihormati, yang muda disayangi..
Warga SMKTA sentiasa mendoakan kejayaan semua pelajar SMKTA.
Membaca jambatan ilmu.
Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..
Terima kasih kerana mengunjungi kami.. Datang lagi..
Menjelang PMR 2010...
Selamat Maju Jaya
Semoga semua calon PMR mendapat kejayaan..
Menjelang SPM 2010...
Usaha tangga kejayaan!!
Siapa dalam talian?
We have guests online
Statistik Ahli
Total Members : 40
Latest Member : Peapertakykep
Members Online : 0
Today : 0 Registers
This Week : 2 Registers
This Month : 2 Registers
Statistik Pelawat
Visits [+/-]
Today:
Yesterday:
Day before yesterday:
13
110
130

-20
This week:
Last week:
Week before last week:
500
933
722

+211
This month:
Last month:
Month before last month:
1433
3266
2818

+448
This year:
Last year:
7517
20371
-12854

Avarage per day
This week:
Last week:
Week before last week:
100
133.3
103.1
-33.3
+30.2
This month:
Last month:
Month before last month:
119.4
108.9
93.9
+10.5
+15
This year:
Last year:
40.1
55.8
-15.7

All visits
Since module start 27 888
Since .... 27 888
Since ......   27 888 
Ucapan Tahniah!
Hayatilah..